- Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang.
- Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kurikulum yang berkaitan dengan bidang.
- Membantu Pengetua menyediakan dan menilai keberkesanan P & P yang berkaitan dengan bidang.
- Mengadakan program peningkatan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar.
- Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidang.
- Membantu Pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal yang berkaitan dengan bidang seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar guru pelatih maktab/universiti dan sebagainya.
- Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN
A. KURIKULUM
- Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan, Harian dan yang berkaitan dengan bidang.
- Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia mata pelajaran di bawah kawalan.
- Menjalankan penyeliaan/pencerapan ke atas aktiviti P & P
- Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan diselenggarakan dengan berkesan.
- Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru baru dan GSTT dalam menjalankan tugas mereka.
- Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidang dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
- Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan.
- Membantu dalam program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, Daerah/Bahagian, Jabatan pendidikan dan Kementerian Pelajaran.
No comments:
Post a Comment