Friday, 20 January 2012

Khamis 19 Januari 2012

Tarikh 19 Januari 2012

1. Menghadiri taklimat program transformasi pendidikan sabah di bilik RMK9 PPD Kuala Penyu.

  • Pembentukan jawatankuasa menggubal soalan peperiksaan peringkat daerah bagi menggantikan soalan excel.
2. Memberi taklimat e-SPLG kepada guru-guru SMK Kuala Penyu.
  • Mengedarkan buku biru (LDP).

Friday, 13 January 2012

Larian Kasih 2012

Tahun ini acara lairan kasih (merentas desa) telah dimenangi oleh pasukan rumah kuning. Tahniah kepada semua pelajar dan guru rumah kuning.


Mesyuarat Bidang Bahasa telah dibuat pada 12 Januari jam 12.30.

Monday, 9 January 2012

Taklimat Tingkatan 6

Jam 2.00 petang di bilik mesyuarat kinabalu sektor pengurusan akademik, blok B Tingkat 8 bangunan KWSP Kota Kinabalu. Tawaran kenaikan pangkat Guru Akademik Tingkatan 6 Gred DG44 (KUP) terpaksa saya tolak kerana ketika ini saya sudah memegang jawatan Ketua Bidang (Bahasa) gred yang sama. Nampaknya tugas saya sebagai guru Pengajian Am 2 akan berakhir tidak lama lagi.

Di sekolah hari ini menurut anak lelaki saya, ada perhimpunan seperti biasa. Maklumat penting ialah hari Sabtu 14 Januari adalah hari persekolahan (ganti). Aktiviti 'larian kasih".

Friday, 6 January 2012

Catatan Hari Ini

Hari ini Jumaat first time masuk kelas 4 Elit. Oleh kerana pelajar belum ditetapkan, saya ambil peluang untuk berkenalan dan memberi penerangan ringkas tentang skop pembelajaran Bahasa Melayu.


Jam 10.00 pagi Cikgu Saidin ajak urus pembahagian rumah sukan di kalangan guru. Selesai.

Thursday, 5 January 2012

Kelas 1 Pengajian Am2

Hari ini masuk kelas praU...tanya khabar dan aktiviti masa cuti. Sedikit sebanyak kongsi tentang soalan stpm tahun 2011.

Wednesday, 4 January 2012

Bidang Tugas Ketua Bidang

Sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran di sekolah:

  1. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang.
  2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kurikulum yang berkaitan dengan bidang.
  3. Membantu Pengetua menyediakan dan menilai keberkesanan P & P yang berkaitan dengan bidang.
  4. Mengadakan program peningkatan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar.
  5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidang.
  6. Membantu Pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal yang berkaitan dengan bidang seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar guru pelatih maktab/universiti dan sebagainya.
  7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN

A. KURIKULUM
  • Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan, Harian dan yang berkaitan dengan bidang.
  • Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia mata pelajaran di bawah kawalan.
  • Menjalankan penyeliaan/pencerapan ke atas aktiviti P & P
  • Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan diselenggarakan dengan berkesan.
  • Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru baru dan GSTT dalam menjalankan tugas mereka.
  • Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidang dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan.
  • Membantu dalam program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, Daerah/Bahagian, Jabatan pendidikan dan Kementerian Pelajaran.

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Pengerusi    : PENGETUA
Setiausaha   : PENOLONG KANAN 1
Ahli-ahli      : PENOLONG KANAN HEM
                    PENOLONG KANAN SIDANG PETANG
                    SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
                    GURU KANAN MATA PELAJARAN/KETUA BIDANG
                    KETUA PANITIA
                    PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

OBJEKTIF


  • Untuk mempertingkatkan taraf profesionalisme guru
  • Untuk menyediakan saluran isu-isu dan usaha ke arah peningkatan kurikulum peringkat sekolah
  • Untuk menggembleng tenaga dan kepakaran serta usaha ke arah peningkatan kurikulum sekolah

Tuesday, 3 January 2012

Mesyuarat Guru 2012

Hari seperti biasa sebelum sesi persekolahan bermula, mesyuarat guru diadakan
untuk memastikan persediaan kerja-kerja tahun 2012 dapat dilaksanakan.

Ada guru baru bertugas di SMKKP dan ada juga guru yang dapat pindah ke sekolah lain.
Perkara biasa dalam kehidupan seorang guru.